Monday, March 15, 2010

GOLONGAN YG SESAT

Hamdan Wa Syukran Lillah, Amma Ba'd,

Ada dua kalimah yg sentiasa bermain di bibir kita, samada dengan penuh sedar akan maknanya atau sebut tanpa tahu ikatan antara satunya dengan yg lain, kalimah tersebut ialah ISLAM dan MUSLIM.
Betapa larisnya istilah ini diucapkan, tapi berapa ramaikah di kalangan mereka yg menyebut merasakan dengan sesungguh-sungguhnya pengertian yg terkandung di dalam kalimah tersebut. Kita dapati ramai yg mendakwa diri mereka sebagai MUSLIM tapi hidup mereka hampir keseluruhannya tidak ISLAM, sedangkan perkataan MUSLIM lahir setelah datangnya ISLAM. Bermakna, seseorang yg menjadikan ISLAM sebagai ajaran hidupnya dia layak digelar MUSLIM.

Jika kita melihat gelagat manusia dari segi i'tiqad dan amalan, kita akan dapati mereka kebanyakkannya terbahagi kpd 3 golongan:
PERTAMA: Golongan yg terang2 mengagongkan KEBEBASAN FIKIRAN dan AMALAN, setiap perkara dlm hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin dengan apa yg diputuskan oleh fikiran mereka sendiri, apa yg baik bg mereka adalah apa yg mereka fikirkan, mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana2 agama dan tidak mengikutinya.
Golongan ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yg sebenarnya. meraka ini akan melampaui batas dalam menghukum sesuatu perkara, kerana mendakwa ilmu dan akal mereka meliputi semua perkara di dunia ini, tiada suatupun yg terlindung dr pengetahuan mereka. Meraka ini jelas sesat tersasar dr kebenaran wahyu.

KEDUA: Golongan yg lahiriyahnya berpegang kepada agama, tetapi hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri, mereka tidak mahu merujuk kepada agama untuk mengambil peraturan hidup, kadang2 mereka mengambil setengah pegangan menurut kehendak nafsu dan kepentingan hidup mereka..Mereka beramal dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka.
Mereka ini pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agamalah yg menjadi penganut hawa nafsu mereka
Golongan ini sebenarnya lebih buruk keadaannya dari golongan pertama, golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi puak ini penipu, pendusta, serta munafik.

KETIGA: Golongan yg memberhentikan fungsi akal fikiran mereka, bahkan menyerah sebuta-butanya kepada pemikiran penguasa zaman mereka dan tradisi nenek moyang mereka. Apa yg dibetolkan oleh fikiran penguasa mereka atau nenek moyang mereka, maka betullah bg mereka, begitu sebaliknya..
Golongan ini lebih jelek dari 2 golongan tadi, kerana tidak menggunakan akal langsung atau menggunakannya dengan penggunaan yg tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidak adanya. Adapun 2 golongan di atas kesalahan mereka adalah membebankan akal dengan sesuatu yg di luar kemampuannya.

Islam telah menganggap ketiga2 golongan ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.

Golongan yg selamat, adalah mereka yg menggunakan akal dengan berpandukan ALLAH dan RASUL, mereka akan sentiasa diselamatkan oleh agama atau ISLAM.

Rujukan: Pengertian yg Hakiki terhadap Istilah MUSLIM
Karangan ABUL A'ALA MAUDUDI. (SECARA RINGKAS)

No comments:

Post a Comment