Sunday, March 28, 2010

BALA ALLAH MAKIN HAMPIR...TAKUTLAH!!!

Asslamualaikum..teman2ku seperjuang,

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengemukakan laporan angka anak zina SATU MALAYSIA pada tahun 2009 yg baru lalu..WALLAHI membimbangkan keadaan..17,303 anak zina yg tak berdosa telah dilahirkan, anak2 ini bukan takat tak bernasab lebih dari itu mereka dibunuh secara sengaja, dan dalam keadaan yg amat zalim dan menyayat hati..rujuklah beberapa kes yg berlaku di negara satu malaysia kita ni, terakhir di Ipoh. 17 ribu tu baru jumlah anak luar nikah, berapa puluh ribu pulak PENZINA LAKI DAN PEREMPUAN, SERIBU ANAK HARAM BERMAKNA 2 RIBU PENZINA LAKI DAN PEREMPUAN...ya rabb!!! begitulh keluhan sahabat saya jan lazim bila dia baca berita tersebut..
tu belum kira maksiat lain seperti minum arak, judi pelacuran dll. Ya ALLAH! apakah aku sekadar mengeluh, mencut-cut, kemudian berpeluk tubuh..

Sesungguhnya aku cukup takut dengan bala yg akan menimpa negara kita keseluruhannya, dah aku dok sdg takut dengan dosa aku..DI TAMBAH PULA dengan peristiwa ini.

Apa perlu kita lakukan?

Allah berfirman, mafhunya:" Takutlah kamu akan fitnah yg bukan sahaja akan menimpa golongan yg zalim dikalangan kamu!".
Ibnu Abbas R.A pula berkata: " Allah SWT menyuruh org2 beriman supaya jgn membiarkan sesuatu kemungkaran itu berlaku di sisi mereka, tanpa sebarang pencegahan atau tindakkan, kerna di khuatiri akan turun bala Allah kepada seluruh manusia, yg baik atau yg jahat..".
Dalam riwayat muslim pn nabi pernah bersabda sebagai menjawab soalan isterinya Zainab binti Jahasy, tanyanya: Wahai Rasulullah! Apakah akan dikenakan bala kehancuran sedangkan ada disamping mereka org2 solih?, Nabi jawab: semua akan kena, kalau maksiat kemungkaran berleluasa..". au kama qaal.

Saudaraku,
Marilah sama-sama kita merancang gerakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ke seluruh pelusuk tempat, bandar2,kampung2, sekolah, dan Institusi pengajian tinggi..(1 MALAYSIA)MEMPERINGATI MEREKA AKAN KEDATANGAN BALA BENCANA YG DIRASAKAN SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEDAHSYATAN MAKSIAT YG BERLAKU DI 1 MALAYSIA KITA INI...WAL 'IYAZU BILLAH..


- catatan ringkas ini, bahannya blh lah rujuk, USUL DAKWAH dr Abd Karim Zaidan, dan Akhbar harakah Edisi Isnin 29 Mac 10.

No comments:

Post a Comment